• 1
  • 2
Selamat Datang ke Website JMSK

Selamat datang ke laman web Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah Darul Aman.

Read more

jmsk web

PENGENALAN
Jabatan Matematik dan Sains Komputer (JMSK) merupakan salah satu jabatan akademik sokongan yang menawarkan modul-modul teras seperti Matematik Kejuruteraan, Sains Juruteknik, Aplikasi Komputer dan Pengaturcaraan Komputer. Jabatan ini bertindak sebagai penyokong kepada jabatan-jabatan induk lain yang ada di Politeknik Kulim. JMSK terbahagi kepada tiga unit penting iaitu Unit Matematik Kejuruteraan, Unit Sains Juruteknik dan Unit Komputer.

 Objektif

  • Memberi kemahiran asas komputer untuk digunakan sepanjang pembelajaran di Politeknik
  • Menerapkan kemahiran matematik untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan
  • Memberi pendedahan tentang sains untuk juruteknik yang menjurus kepada penggunaannya dalam bidang kejuruteraan
  • Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu yang mempunyai keterampilan dan sahsiah yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara